Welcome to Rai Anna Lee's blog !
they are profile, entries, tagboard and links navigations respectively (from the top).
|
20090824, 6:39 PM
Isu semasa.
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. "Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya. "Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi. Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim) Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. "Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu" Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang" Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Erk, agak terkedu mendengar hujahannya, tapi benar katanya ustaz, kita mencari alasan untuk menyokong nafsu/kepentingan/kehendak/ego sendiri, dan kononnya kita berpegang pada 'aku tahulah apa aku buat, aku punya dosa, aku tanggung sendiri, janji aku baik, e.t.c...'.
Dan lagi satu aku amik:
BANTAHAN KAUM WANITA "Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan. "Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali. "Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya. "Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal" "Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
Ada pulak yang jenis, 'malas nak ambik tahu, sebab kalau tak tahu takpa, tak dosa/kurang dosa, kalau dah tahu, buat jugak, lagi berdosa'. Konsep yang agak bodoh, tapi aku ada je pikir macam tu kekadang. Macam kes, orang takut nak pi hospital buat check-up, takut dapat tahu penyakit itu ini.
Tapi tulah, aku sebenarnya malas nak bercerita akan hal ini. Sebab terasa agak hipokrit, yelah, gambar-gambar aku banyak je yang tidak menutup aurat, sama ada gambar aku sendiri atau orang lain. Kekadang keluar rumah pun malas nak pakai tudung. Apa-apa pun aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam ;))Labels: cilok je nieh
|
" im a very shy person when i first meet someone but after that i wont ever shut up xD " Name: Rai Anna Lee Gender: Female Astrological Sign: Libra Occupation: Student Interest: Music. Movie. Social. Studying? I am currently in Johor Bahru.
|
ϟ Can you raed tihs?
ϟ Kepada si Pendengki
ϟ Haircut
ϟ Stop berBlogging buat sementara waktu
ϟ Teater
ϟ Mimpi
ϟ The joy via home screen
ϟ Sungai Dalam Laut
ϟ Eskulator atau Tangga, yang mana lebih bagus ?
ϟ Tom Anderson (myspace) VS Mark Zuckerberg (Facebook)
ϟ August 2009
ϟ November 2009
ϟ December 2009
ϟ February 2010
ϟ June 2010
ϟ July 2010
ϟ October 2010
ϟ November 2010
ϟ December 2010
ϟ January 2011
An accidentality production
Inspiration from DancingSheep & BONBON:D
|
i think they call it freedom of speech.
tagboard goes here.
|